Selamat Datang ke Al-Muslihin Herbs

Kami adalah pembekal produk herba tradisional terbaik untuk merawat penyakit anda

Hubungi kami di Whatsapp

Rangkaian Produk Kami

Kenali rangkaian produk bermutu tinggi daripada Al-Muslihin Herbs

Mengapa Pilih Al-Muslihin Herbs?

Mujarab

Produk kami mampu memberikan kesan dalam tempoh masa yang singkat.

Selamat

Setiap produk selamat untuk digunakan dan tidak mengandungi bahan terlarang.

Halal

Tiada bahan yang haram mahupun syubhah dicampurkan di dalam ramuan herba kami.

Asli

Ramuan produk kami diperbuat daripada akar-akar kayu dan herba semulajadi.

Setiap Penyakit Ada Penawarnya

Di Al-Muslihin Herbs, kami percaya bahawa setiap penyakit pasti ada penawarnya sepertimana yang tertulis di dalam ayat suci al-Quran. Di Dalam Hadis juga, Nabi Muhammad (S.A.W.) telah bersabda yang bermaksud:

“Bahawasanya Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram”. (Hadis Riwayat Abu Daud)

Dengan meletakkan 100% keyakinan terhadap dalil-dalil ini, kami sentiasa berusaha untuk mencari penawar terbaik bagi penyakit-penyakit yang ada. Selain itu, kami memberikan tumpuan sepenuhnya kepada herba sebagai sumber ramuan utama produk kami. Kami percaya bahawa segala rahsia tersimpan di dalam khazanah alam semulajadi ciptaan Yang Maha Esa, dan kami telah menyahut cabaran untuk merungkai rahsia tersebut dalam misi mencari penawar untuk manfaat manusia sejagat.

Prinsip “Ethical Consumerism” Kami

Selain itu, kami juga mempraktikkan konsep “ethical consumerism” yang semakin mendapat tempat di kalangan pengguna. Ianya seiringan dengan konsep halal di dalam Islam, iaitu sesuatu produk bukan sahaja tidak boleh dicampurkan dengan benda-benda yang haram dan merbahayakan kesihatan, malah kaedah pengendalian juga haruslah sentiasa diamalkan dengan sebaik mungkin, bagi memastikan kebersihan dan keberkesanan produk.

Misi kami masih belum selesai. Rangkaian produk yang dipasarkan kini hanyalah sebahagian kecil daripada titik-titik perjalanan kami yang masih jauh. Niat kami hanya satu; iaitu untuk berikhtiar bersama-sama anda di dalam merawat penyakit sebelum kita bertawakal sepenuhnya kepada Allah S.W.T.

Marilah bersama-sama kami dalam memperjuangkan misi ini, kerana setiap manusia berhak untuk merasakan kemanisan kehidupan dan menikmati keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa yang luas terbentang.

Anda mempunyai sebarang pertanyaan?

Jangan risau, kami sedia membantu. Anda boleh menghubungi kami melalui Whatsapp.

Hubungi Kami di Whatsapp