Mengenai Kami

Al-Muslihin Herbs

Mengenai Al-Muslihin Herbs

Al-Muslihin Herbs adalah satu jenama yang diwujudkan dan mula diperkenalkan oleh Al-Muslihin Venture (No. Pendaftaran SSM: KT 0382605-M). Perniagaan kami diwujudkan dengan niat untuk memberikan produk-produk herba tradisional yang bermutu tinggi dan selamat untuk digunakan. Kami telah menanam semangat untuk menyumbang kepada masyarakat dengan kepercayaan kepada kitab suci Al-Quran yang menekankan bahawa setiap penyakit pasti ada penawarnya.

Pada mulanya, kami hanyalah penghidap penyakit-penyakit seperti anda. Berpuluh tahun telah dilalui dalam misi mencari penawar penyakit-penyakit seperti resdung, buasir, gout, dan banyak lagi. Malahan, kami telah mencuba pelbagai jenis produk di luar sana dengan harapan untuk menyembuhkan penyakit kami sendiri. Namun begitu, kami hampa kerana sememangnya sukar untuk mendapatkan penawar yang benar-benar berkesan. Oleh yang demikian, kami telah mengambil langkah untuk mencari jawapannya sendiri. Pada waktu itulah kami bertemukan resepi turun-temurun untuk merawat penyakit-penyakit ini secara tradisional. Setelah berpuas hati dengan kesan herba-herba ini, kami telah membuat keputusan untuk mengkomersialkan herba-herba resepi turun-temurun ini supaya kebaikannya dapat dikongsi bersama dengan masyarakat di luar sana yang masih tercari-cari penawar penyakit masing-masing. Meskipun kini kami hanya beroperasi di dalam Malaysia, kami berhasrat untuk melebarkan sayap ke seluruh rantau Asia pada masa hadapan.

Kami berharap agar anda dapat merasakan sendiri kebaikan menggunakan herba-herba keluaran Al-Muslihin Herbs. Dengan izin Yang Maha Esa, In Sha Allah penyakit anda akan dapat dirawat dan anda akan menikmati kehidupan yang lebih selesa. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak, termasuklah anda, yang membantu menjayakan produk dan jenama Al-Muslihin Herbs.