Ubat Gout Paling Muajarab

Ubat Buasir Tradisional

daripada Al-Muslihin Herbs

Cuba Sekarang

Seksanya Penyakit Buasir!

Ubat Resdung Paling Berkesan Al-Muslihin Herbs

Buasir (hemoroid) berlaku apabila terdapat saluran darah yang membengkak di bahagian dubur. Bengkak tersebut akan menyebabkan saluran ini terbonjol keluar daripada posisi asalnya, dan ia akan menghimpit membran di kawasan sekitar, dan seterusnya akan menyebabkan kegatalan, kepedihan dan di dalam kes yang lebih kronik, ia boleh menyebabkan pendarahan.

Penyakit ini selalunya berpunca daripada tekanan darah yang terlalu tinggi di bahagian rektum, yang diakibatkan oleh perbuatan meneran.

Simptom Buasir

Anda berkemungkinan besar menghadapi masalah buasir sekiranya mengalami tanda-tanda seperti berikut:

  • Terdapat bonjolan di sekitar bahagian dubur;
  • Kegatalan dan/atau kepedihan di sekitar bahagian dubur; dan
  • Pendarahan (titisan darah keluar sewaktu membuang air, ataupun kelihatan keluar bersama najis).

Buasir Dalaman

Jenis penyakit ini tidak merbahaya dan jarang menyebabkan rasa sakit kerana bengkak tersebut terletak jauh di dalam rektum. Ia tidak kelihatan dari bahagian luar (dubur). Namun begitu, ia berkemungkinan menyebabkan pendarahan sewaktu membuang air besar kerana permukaan saluran darah yang bengkak telah tercedera. Walaubagaimanapun, sekiranya ia berlaku, pesakit dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu, kerana dikhuatiri pendarahan tersebut berpunca daripada sumber-sumber lain, seperti ketumbuhan ataupun kanser kolorektum.

Buasir Luaran

Jenis kedua ini pula adalah jenis buasir yang kelihatan secara luaran dan dapat dirasakan, kerana bengkak tersebut berada di bahagian luar dubur. Di dalam kes yang kronik, bengkak yang keterlaluan akan menyebabkan saluran darah tersekat dan membeku. Ia akan mengakibatkan kepedihan. Sekiranya anda mengalami simptom sebegini, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan segera. Buasir luaran juga berpotensi tinggi untuk berulang, dan kesannya (seperti kegatalan dan kepedihan) akan dapat dirasakan walaupun dengan tekanan yang sedikit.

Adakah anda menderita daripada simptom-simptom buasir ini? Rawatlah dengan segera!

Rawat Penyakit Anda Dengan Ubat Buasir Tradisional

daripada Al-Muslihin Herbs

Maklumat Produk

Ubat buasir tradisional daripada Al-Muslihin Herbs adalah salah satu daripada penyelesaian terbaik buat mereka yang menginginkan rawatan buasir tanpa ubat sintetik mahupun pembedahan. Produk ini mampu mengubati buasir dan mengurangkan bonjolan dan melegakan saluran darah yang membengkak pada bahagian yang terbabit.

Anda akan dapat merasakan kesan yang positif dan simptom buasir beransur-ansure pulih selepas mengambil produk ini. Namun begitu, anda masih perlu berjaga-jaga dan mengelakkan daripada melakukan aktiviti yang boleh mencetuskan penyakit ini kembali, seperti:

  • Duduk terlalu lama;
  • Mengangkat benda berat; atau
  • Meneran terlalu kuat ketika najis keras atau sewaktu sembelit.

Ramuan Produk

Ubat buasir keluaran Al-Muslihin Herbs ini diperbuat daripada beberapa jenis akar-akar kayu yang diadunan bersama menggunakan resepi turun-temurun. Ia dijamin bersih dan selamat untuk digunakan.

Kaedah Pemakanan

Ubat ini hendaklah dimakan 5 biji 3 kali sehari selepas makan.

Sekiranya anda menghidap buasir kronik, dos boleh ditambah sehingga maksimum 10 biji sekali makan.

Harga

RM50.00 / botol

Kandungan

160 biji pil / botol

Kos Penghantaran

RM8.00

Testimoni

Ramai yang telah mencuba ubat buasir Al-Muslihin Herbs. Apa kata mereka?

Saya menghidap penyakit buasir kerana melakukan desk-job yang memerlukan saya duduk dalam tempoh masa yang panjang. Kadang-kadang ada hari yang sibuk yang membuatkan saya terpaksa duduk dan mengendalikan kertas kerja untuk tempoh masa yang lama.

Persekitaran kerja yang kurang sihat ini telah membuatkan saya menghidap penyakit buasir. Saya merasa amat tertekan kerana kesakitan yang dihadapi bukan sahaja menyukarkan saya untuk bergerak, malah kepedihan juga dirasakan ketika saya duduk.

Setelah menceritakan masalah buasir ini kepada suami saya, beliau telah mendapatkan ubat buasir tradisional Al-Muslihin Herbs untuk dicuba. Saya sangat berpuas hati dengan produk ini kerana kesakitan sudah pun hilang dalam masa yang singkat.

Afiqah Sanusi

33 Tahun

Saya seorang yang gemar melakukan aktiviti mengangkat berat. Semakin lama saya melakukan aktiviti ini, kekuatan saya makin bertambah membolehkan saya mengangkat beban yang lebih berat.

Tetapi, beban yang semakin berat membuatkan saya seperti meneran dan ia sangat menyakitkan, terutamanya sewaktu membuang air besar. Kadang-kadang, ianya berlarutan untuk jangka masa yang panjang sehingga menyukarkan saya untuk bergerak.

Selepas mencuba ubat tradisional daripada Al-Muslihin Herbs, buasir yang saya hidapi sembuh dengan cepat sekali. Saya juga telah mengesyorkan ubat ini kepada rakan-rakan sado di gymnasium yang sering mengangkat berat.

Iskandar Dzolkarnain

39 Tahun

Jangan Biarkan Penyakit Buasir Anda Berpanjangan!

Dapatkan penawar buasir anda sekarang.

Tempah melalui Whatsapp

Produk-Produk Lain Daripada

Al-Muslihin Herbs:

Herba Gout

Herba Resdung